
Seingat pembaca-pembaca OHBULAN!, bilakah kali terakhir anda melihat wajah Irma Hasmie menghiasi kaca televisyen sebagai seorang pelakon?
Pastinya sangat lama kerana sejak Irma disahkan hamil, selebriti cantik manis ini terus mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada dunia lakonan sehinggalah sekarang.
Irma yang ditemui sewaktu majlis pelancaran Radiglow di ibu kota petang semalam megakui kekangan masa membuatkannya terpaksa melupakan sekejap niat untuk kembali berlakon.
Malah Irma turut merasa terkilan apabila tidak mempunyai pilihan lain selain menolak tawaran berlakon daripada syarikat-syarikat produksi yang melamarnya.
Saya dah lama tak berlakon. Tambahan lagi sejak saya mengandung, bersalin dan membesarkan anak sendiri ini masa terluang tu seakan berkurang.Terkilan juga rasanya sebab banyak tawaran yang saya tolak. Memanglah rindu nak berlakon semula tapi bidang ni memerlukan komitmen yang tinggi. Kalau ada tawaran yang penggambarannya ssingkat sahaja, Insya-Allah saya akan terima. Saya pun sebenarnya risau orang salah anggap, iyalah mana tahu esok lusa orang dah tak nak panggil saya berlakon lagi.

Namun demi melihat anak sulungnya yang kini berusia hampir sembilan bulan membesar di depan mata, Irma dan suami terpaksa berkorban masa menjaga si kecil kesayangan mereka secara bergilir-gilir.
Kami tak ada pembantu. Lagipun ini permintaan suami dan keluarga yang ingin melihat kami suami isteri membesarkan anak sendiri. Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar, jika saya bekerja, suami akan tolong jaga anak dan begitulah sebaliknya.
Untuk pengetahuan anda, selain sibuk menjadi pengacara untuk program Assalamualaikum di TV Al-Hijrah dan menjadi duta tudung D’Haja, Irma juga kini dilantik sebagai duta produk kesihatan Radiglow selama setahun.
Dalam masa yang sama, ibu kepada bayi bernama Redza Syah Irfhan ini juga sedang giat menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara atas talian dengan menjual pakaian muslimah.
Sementara itu, jom tengok foto-foto Irma Hasmie dan anaknya sewantu majlis pelancaran Radiglow petang semalam.
No comments:
Post a Comment